comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut, kereta terbalik

Oleh : Zahir Senapiah

KOTA TINGGI: Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas dan terbalik di jalan pintasan Daiman, sebelum Econsave, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.35 malam tadi mangsa dikenali sebagai Chong Yat Oi, 91, cedera dan disahkan maut di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa, Chin Cheng Fai, 34, dan Fong Chee Yong, 32, cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Johor, sebuah jentera bersama sembilan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Syukri Mohd dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu.
Yusof.

Katanya, ketika kejadian terdapat tiga mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda itu dengan salah seorang daripada mereka tersepit di tempat duduk.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Polis masih menyiasat punca kemalangan.

Loading...
Terkini