comscore
Tumpuan :
Negeri

Kedah bentang Bajet 2023 RM1.059 billion

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah membentangkan bajet 2023 berjumlah RM1.059 billion dengan jangkaan defisit 14.17 peratus atau RM104.12 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya mencadangkan peruntukan perbelanjaan mengurus yang disediakan dalam belanjawan itu adalah berjumlah RM839.12 juta dan daripada jumlah itu RM104.04 adalah sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

“Di bawah peruntukan perbelanjaan mengurus, pecahan peruntukan adalah seperti berikut iaitu Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM89.73 juta dan Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM749.39 juta.

“Anggaran perbelanjaan 2023 adalah meningkat sebanyak RM8.9 juta atau peningkatan 1.07 peratus berbanding 2022. Kenaikan pada perbelanjaan ini adalah sebagai merealisasikan teras bajet dan perancangan yang telah dibuat,” katanya ketika pembentangan Bajet Kedah 2023 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi, berkata untuk anggaran perbelanjaan pembangunan 2023 pula, dicadangkan peruntukan bagi Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM220 juta.

“Bajet 2023 juga mencadangkan katanya, Anggaran Pembangunan Hutan berjumlah RM8.9 juta. Terimaan Hasil daripada Kumpulan Wang Pembangunan Hutan dijangkakan berjumlah RM4.5 juta dari kutipan SES Pembangunan Hutan dan Terimaan daripadaPemberian “Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT)” berjumlah RM4.4 juta.”

Mengulas lanjut, Bajet 2023 negeri katanya memfokuskan kepada 3 strategi utama iaitu memulih dan mencergaskan pertumbuhan ekonomi domestik, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat dan mengoptimakan teknologi dan peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi anggaran hasil 2023 pula, kerajaan negeri menganggarkan hasil sebanyak RM735 juta dan daripada jumlah itu hasil cukai adalah penyumbang terbesar sebanyak RM346.95 juta atau 47.2 peratus.

“Hasil kedua tertinggi adalah daripada Hasil Bukan Cukai menyumbang 30.33 peratus atau RM222.92 juta. Terimaan Bukan Hasil pula adalah berjumlah RM165.13 juta atau 22.47 peratus.”

Loading...
Terkini