comscore
Tumpuan :
Nasional

Simpati Nasib Anak-Anak, Usahawan Tampil Bantu Tertuduh Kes Curi Milo

PETALING JAYA: “Anak-anaknya masih kecil tidak tahu menahu akan perihal ibunya. Mereka hilang perhatian ibunya bila dipenjara,”

Atas rasa simpati, seorang usahawan hartanah Muhammad Azlan Al-Amin tampil membantu nasib seorang suri rumah yang dijatuhi hukuman penjara 14 bulan kerana mencuri dua paket minuman jenis Milo, selasa lalu.

Dalam catatannya di Facebook, Azlan mengambil inisiatif mendapatkan khidmat guaman buat Suhaini Mohd, 43, yang kini ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan bagi mendapatkan permohonan penangguhan hukuman.

“Sudah pasti,saya tidak sesekali menyokong tindakan wanita ini mencuri ataupun terlibat dengan apa jua masalah sosial serta jenayah.

“Terdapat tiga perkara yang harus diberi perhatian lanjut oleh kita semua selaku masyarakat. Pertama,seseorang itu memang layak dihukum di atas kesalahan yang dilakukan.

“Kedua,seseorang itu juga berhak diberi peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Dan ketiga,seseorang itu perlu dibimbing agar dia menjadi insan berguna,” katanya.

Menurut Azlan, peguamnya Datuk Naran Singh telah membuat permohonan penangguhan hukuman dan jaminan tersebut telah dikemukakan secara online kepada Mahkamah Marang hari ini.

“Tindakan saya menyediakan khidmat guaman untuk merayu hukuman penjara terhadap wanita ini bukanlah untuk ‘membenar atau menghalalkan’ tindakan salah itu.

“Tidak! Salah tetap salah! Cuma saya berharap jika dapat dipinda atau ada bentuk hukuman lain yang lebih ringan serta berbentuk pengajaran dapat diberikan terhadap wanita ini.

“Mudah mudahan,wanita ini insaf dan menjadi seorang ibu yang baik serta contoh tauladan buat anak anaknya,” tulis beliau.

Selasa lalu Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda memerintahkan Suhaini dihukum penjara 14 bulan atas kesalahan mencuri minuman malt jenama Milo di sebuah pasar raya di sini pada 6 Jun lalu.

Sebelum ini suri rumah yang juga penagih dadah mempunyai tiga rekod jenayah juga mencuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021.

Loading...
Terkini