comscore
Tumpuan :
Politik

“Apa Sebenarnya UMNO Inginkan” – Hishammuddin

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengakui mengkuti rapat perkembangan yang berlaku dalam UMNO.

Susulan itu beliau tampil menyuarakan pendapatnya dalam satu kenyataan terhadap krisis yang berlaku dalam parti itu sekarang.

Hishammuddin yang juga Ketua Bahagian Umno Sembrong menegaskan, UMNO perlu ada prinsip yang jelas dalam kerjasama politik untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Ini adalah kerana keputusan yang bakal dibuat parti akan menentukan jatuh bangun UMNO, memberi kesan kepada nilai asas perjuangan UMNO dan juga kedudukan UMNO dalam pilihan raya akan datang”

“Tambahan, kita masih berperang dengan COVID-19, negara sedang dilanda banjir, ekonomi sedang pulih, malah jumlah rakyat yang terkesan semakin meningkat” katanya dalam satu kenyataan

Katanya lagi, UMNO diberi peluang untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpin daripada parti itu mampu dan bersungguh-sungguh untuk menguruskan krisis dan menjaga kepentingan rakyat.

“Pemimpin UMNO diberi amanah mengetuai Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, Kementerian Kesihatan yang bertanggungjawab memimpin barisan hadapan serta Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang sedang berusaha keras mendapatkan bekalan Vaksin.

“Pada hemat saya inilah harapan rakyat dibawah kepimpinan UMNO. Bukan berpolitik merebut kuasa yang tiada kesudahan” katanya.

Dalam kenyataan itu, Hishammuddin turut mempersoalkan jika UMNO membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan BERSATU, parti itu harus putuskan dengan siapa akan bekerjasama menjelang PRU-15

“Adakah dengan DAP? Adakah dengan PKR? Atau bersendirian?

Loading...
Terkini