comscore
Tumpuan :
Politik

UMNO laksana latihan baharu serap kembali semangat ahli

 

Oleh: Zaid Shah Hemat Zulkarnain

KUALA LUMPUR: UMNO sedang giat menjalankan latihan-latihan berbentuk baharu yang bertujuan bukan sahaja menyerap kembali semangat tetapi rasa kerja sepasukan dalam kalangan kepimpinan dan ahli UMNO.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid berkata UMNO melalui Majlis Perkaderan dan Latihan UMNO sedang giat menjalankan usaha-usaha tersebut.

Beliau  berkata demikian terhadap kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa parti itu semakin lemah dan mempunyai ahli bersifat duri dalam daging.

Beliau turut mengakui kenyataan tersebut mempunyai kebenarannya.

“Sejak 2018 lagi, kita menyaksikan pelbagai watak dalaman yang menjalankan kerja-kerja seperti tikus membaiki labu,” ujar Zahid.

Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri itu membidas dakwaan kononnya UMNO tidak mengamalkan sistem demokrasi dalam parti.

“UMNO sentiasa melayani perbedaan pendapat dalam kalangan ahli mahupun pemimpin, namun jangan sampai mengecam parti dari dalam dan merosakkan parti.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat.

Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 6 Disember lepas, bersetuju memecat Isham daripada parti dipercayai susulan kritikannya terhadap parti, yang dilihat bertentangan dengan pendirian UMNO sebelum ini dalam usaha memperkukuh Kerajaan Perpaduan.

Loading...
Terkini