comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] DUN Tioman milik BN

Oleh Fazli Ahmad

ROMPIN: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di DUN Tioman dengan majoriti 573 undi.

Calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain meraih 8,080 manakala pesaing terdekat calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim memperolehi 7,507 undi.

 

Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzly Mohd Ramly walaupun mengumumkan menarik diri dan memberi laluan kepada BN mendapat 784 undi.

Calon Pejuang, Osman A Bakar meraih 79 undi dan calon Bebas, Sulaiman Bakar, 58 undi.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi N42 Dun Tioman, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek jam 9:25 malam tadi.

DUN Tioman mempunyai 28,465 pengundi dan peratus keluar mengundi ialah 58.39 peratus.

Loading...
Terkini