comscore
Tumpuan :
Nasional

DAP akan lantik seorang ahli UMNO jadi EXCO wakili BN

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan DAP sebulat suara memutuskan seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) daripada UMNO bagi mewakili Barisan Nasional (BN) akan dilantik menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata keputusan itu adalah selaras kemenangan dua calon UMNO dalam pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Artikel berkaitan: EXCO Pulau Pinang angkat sumpah Rabu, BN kembali selepas 15 tahun?

“Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) tadi (semalam) akan mencadangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya seorang ahli Exco daripada UMNO mewakili BN dilantik. Ini kerana ada dua calon BN menang di Pulau Pinang, maka kita akan lantik wakil BN daripada UMNO untuk duduk dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas CEC hari ini di Ibu Pejabat DAP, di sini, semalam.

Dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dimenangi UMNO dalam PRN itu ialah Bertam menerusi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan kerusi DUN Sungai Acheh menerusi Rashidi Zinol.

Sabtu lalu, gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) Pulau Pinang layak membentuk kerajaan negeri apabila menang 29 daripada 40 kerusi DUN dalam PRN ke-15.

Ia sekali gus membolehkan Chow Kon Yeow dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Beliau (Kon Yeow) sudah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang (semalam) sehari selepas PRN dan dalam tempoh beberapa beberapa hari ini, kita akan menghantar nama kepada bakal Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan untuk mewakili DAP untuk diangkat sebagai ahli Majlis EXCO,” katanya.

Selain 19 kerusi di Pulau Pinang, prestasi DAP dalam PRN dalam negeri-negeri lain masih membanggakan apabila turut memenangi 15 kerusi di Selangor, Negeri Sembilan (11) dan satu kerusi di Kedah.

Loading...
Terkini