comscore
Tumpuan :
Politik

GPS masih pantau perkembangan politik di KL

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Open

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan gabungan itu masih lagi memantau perkembangan semasa yang berlaku di Kuala Lumpur ketika ini

Bagaimanapun tegasnya, tiada sebarang maklumat terperinci diperoleh mengenai situasi yang sedang berlaku berhubung kemelut politik yang sedang dihadapi ketika ini.

Tan Sri Abang Johari sebelum itu mengadakan pertemuan dengan 23 orang ahli parlimen GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ketika ditemui media selepas pertemuan itu, beliau hanya mendedahkan ia hanya pertemuan biasa bersama kesemua Ahli Parlimen berkenaan.

“Tidak ada apa-apa, saya hanya berjumpa dengan Ahli Parlimen, pertama kali saya berjumpa dengan mereka dan sudah tentu kita berbincang dan monitor apa yang berlaku di kuala lumpur itu sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai pendirian GPS dalam situasi politik terkini, beliau mahu meneliti terlebih dahulu kerana belum memperoleh maklumat mengenainya.

“Tunggu dahulu sebab taida maklumat terperinci lagi,” katanya.

Terdahulu Tan Sri Abang Johari dalam satu kenyataan berkata akan menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri bagai mengetuai Kerajaan persekutuan.

Namun begitu, sehingga kini masih tiada mana-mana gabungan yang berjaya memiliki jumlah majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutan, manakala Barisan Nasional (BN) mahu kekal sebagai pembangkang.

Loading...
Terkini