comscore
Tumpuan :
Nasional

Henti perbalahan, bentuk harmoni dengan Kerajaan Persekutuan – ADUN Pembangkang Kedah

Foto: Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Zamri Yusuf (PKR).

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihat untuk menghentikan perbalahan dengan kerajaan persekutuan, demi kepentingan kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Zamri Yusuf berkata, tindakan Menteri Besar berterusan membentuk polemik menjejaskan keharmonian yang perlu diperkukuhkan di antara kerajaan persekutuan dan negeri.

“Kita perlu sedar bahawa negeri Kedah mempunyai kebergantungan yang tinggi termasuk dalam soal pelaburan. Agensi persekutuan adalah penggerak kepada pelaburan tinggi yang diterima negeri selama ini.”

“Usaha membentuk sentimen kenegerian hanya akan memberikan manfaat sementara kepada sekumpulan kecil masyarakat, tetapi kesannya amat besar kepada negeri dan rakyat Kedah.” katanya.

Foto: ADUN Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor (BN).

Sementara itu, ADUN Bandar Baharu Datuk Nor Sabrina Mohd Noor berkata pemimpin kerajaan negeri Kedah perlu berhenti menggunakan sentimen sensitif bagi memenangi dan mempopularkan sesuatu pihak tetapi pada akhirnya merugikan rakyat Kedah.

“Tidak guna hanya mainkan sentimen, ambil hati orang tetapi bawa kerugian kepada pembangunan negeri. Tanpa kerajaan Persekutuan, semua infrastruktur tidak boleh dibangunkan di Kedah..pelabur pun kita tidak boleh bawa masuk untuk projek berimpak tinggi seperti di Kulim.

“Jadi, saya minta kerajaan negeri supaya tidak menidakkan kepentingan kerajaan Persekutuan dan semoga kerajaan Perpaduan dapat diperhebatkan lagi selepas ini,” katanya.

Loading...
Terkini