comscore
Tumpuan :
Politik

Kedudukan 6 Ahli Parlimen: Speaker ada masa 21 hari untuk teliti notis

Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. FOTO: NSTP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki dan Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan beliau mempunyai 21 hari untuk membuat keputusan berhubung kedudukan enam ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau telah menerima notis pemakluman daripada Ketua Whip BERSATU yang juga Naib Presidennya, Datuk Dr Ronald Kiandee jumaat lalu.

“Saya baru dapat surat Jumaat lepas daripada Beluran ( Datuk Dr Ronald Kiandee), mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkaji ”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pameran Seni Sempena Ulang Tahun ke 65 hubungan diplomatik Malaysia-Romania di Parlimen hari ini.

“Insyallah jika saya dapat jawapan saya akan maklumkan, jadi harap bersabar,saya ada 21 hari untuk meneliti.”

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar sebelum ini ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini