comscore
Tumpuan :
Politik

Pemansuhan pencen turut babit lantikan politik – Anwar

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Ahli politik juga tertakhluk kepada apa sahaja keputusan yang dibentangkan berkaitan penjawat awam, termasuk skim tidak berpencen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada dasarnya beliau bersetuju supaya apa sahaja keputusan perkhidmatan awam terpakai bagi lantikan politik.

Bagaimanapun ia hanya terpakai selepas kajian dibawa dan diputuskan jemaah menteri.

“Kalau kita mula pada 1 Februari 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, sama juga dengan semua lantikan baharu ahli politik.”

“Ada yang pernah menjadi Menteri Besar, jadi Menteri, itu peruntukan Perlembagaan, kita boleh kaji tapi kita tak boleh kebelakangkan, untuk yang baru kita boleh kaji dan saya ingat tak ada masalah untuk kita tukar buat penyesuaian,” katanya ketika menghadiri program jamuan makan di Desa Sri Hartamas, hari ini.

Ujarnya lagi dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk bertahan.

Bagaimanapun terdapat banyak kekeliruan mengenai pengumuman pemansuhan pencen yang diumumkan sebelum ini

“Dengar dulu cadangan dikemukakan, bahas dulu, teliti, bagi cadangan, apa yang perlu diubahsuai kerajaan akan dilakukan kemudian kita akan muktamadkan,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini