comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penamatan skim pencen harus bermula dengan lantikan politik – CUEPACS

 

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen kepada kakitangan awam ia harus bermula dengan lantikan politik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat berkata ia berikutan kebanyakan mereka berkhidmat sekitar 5 tahun sahaja.

“Ketika ini ahli politik yang dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN serta dilantik ke dalam jawatan eksekutif seperti Exco, Menteri, Timbalan Menteri juga layak untuk menerima pencen” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kumpulan ini bukan sahaja menerima elaun serta peruntukan yang tinggi semasa berkhidmat malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun.”

Tambahnya keutaman kepada kerajaan ketika ini adalah mengkaji kes-kes yang berkhidmat waktu singkat tetapi menikmati faedah saraan yang agak selesa dan bukannya menyasarkan kepada penjawat awam sahaja.

Ujar Datuk Adnan kerajaan tidak sepatutnya memansuhkan skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untuk negara melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan.

Menurutnya kerajaan harus memastikan gaji yang diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam dan dalam masa yang sama gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini