comscore
Tumpuan :
Politik

Keputusan tidak rasmi: Calon PN mendahului DUN Ayer Hangat, Kuah

 

LANGKAWI: Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Shamsilah Siru mendahului tiga calon lain berdasarkan pengiraan peti undi pengundian awal di Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi di sini, malam ini.

Ketua Srikandi BERSATU Kedah itu mendahului dengan 167 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) juga Ketua Wanita UMNO Langkawi Hisham Suhaily Othman meraih 94 undi, diikuti Safwan Hanif Shafie (Bebas, 18 undi) dan Zulfadli Mohd Yusoff (Bebas, tiga undi)

Jumlah itu menyaksikan Shamsilah Siru mendahului dengan majoriti 73 undi.

DUN Ayer Hangat mencatatkan jumlah pengundi seramai 33,156 orang.

Sementara itu, kerusi DUN Kuah juga menyaksikan calon PN, Ahmad Pared Mahamud sedang mendahului dengan majoriti 157 undi.

Ahmad Fauzi Chik yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 255 undi di tempat kedua dan calon Bebas Mazlan Ahmad di tempat ketiga dengan sembilan undi.

DUN Kuah memiliki pengundi berdaftar seramai 34,694 orang.

Loading...
Terkini