comscore
Tumpuan :
Politik

Lokman Adam Perlu Dikenakan Tindakan, Burukkan PM Dan Institusi Kehakiman

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam. – FOTO : NSTP

PUTRAJAYA : Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan Perdana Menteri dan institusi kehakiman.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata Lokman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan melemparkan tuduhan liar serta tidak berasas terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lebih-lebih lagi secara terbuka di media sosial.

“Lokman bercakap seolah-olah dia jurucakap parti dan ada juga yang memang beranggapan beliau jurucakap parti.

“Beliau bukan ahli MKT dan tidak pernah dilantik menjadi jurucakap parti,” katanya pada sidang media Majlis Pengumuman Sasaran dan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA Ke-20 di Dewan Serba Guna, Kementerian Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau, turut menyelar tindakan Lokman mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) menggunakan ‘poster boy’ Ismail Sabri untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, keputusan ‘poster boy’ itu sudah dipersetujui ahli pada Perhimpunan Angung UMNO lalu dan turut mendapat sokong rakyat. – Berita Harian

Loading...
Terkini