comscore
Tumpuan :
Nasional

Menang tanpa bertanding, Datuk Seri Noraini pertahan jawatan Ketua Wanita Parit Sulong

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad – FOTO: NSTP

BATU PAHAT: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berjaya mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan UMNO 2023, siang tadi.

Bagi jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Bahagian Parit Sulong pula Mohammad Aswad Ithnain dan Radin Era Ertika Radin Hadzid turut menang tanpa bertanding.

Turut menang tanpa bertanding adalah jawatan Naib Ketua Wanita Bahagian Parit Sulong, Ngaisah Sujak, Naib Ketua Pemuda Bahagian Parit Sulong, Mohammad Khairul Izzat Ariss dan Naib Ketua Puteri Bahagian Parit Sulong, Nur Farahidayah Abdul Razak.

Terdahulu, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali turut mengesahkan Ahli Dewan Undangan Sri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan turut menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong.

Manakala bagi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong pula akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Mohd Fared Mohd Khalid dan Rahman Mohamed.

Loading...
Terkini