comscore
Tumpuan :
Politik

PASCA PRU-15: PN setuju Kerajaan Perpaduan

PETALING JAYA : Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan.

Keputusan itu ujarnya dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN, hari ini.

“Mesyuarat membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang membabitkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya 

 

 

Loading...
Terkini