comscore
Tumpuan :
Politik

Percepat keserasian 19 parti Kerajaan Perpaduan menjelang PRN – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan acara memotong kek bersama barisan pemimpin parti utama, ketua dan wakil parti sempena Hari Ibu ketika Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia KL (WTCKL). – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Percepat keserasian antara 19 parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan, itu antara permintaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Permintaan itu antara empat perkara yang disentuh Ahmad Zahid ketika perjumpaan khas beliau secara tertutup dengan Ketua Bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau juga mengarahkan semua bahagian UMNO supaya menggerakkan jentera parti mulai dari sekarang.

“Disebabkan pemilihan di peringkat Ketua Bahagian sudah berlalu, saya minta biduk berlalu, kiambang bertaut (kembali bersatu).

“Selain itu, kita mahu mereka menyantuni pelbagai kaum, sama ada dalam kalangan ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang lebih penting ialah pengundi yang tanpa parti, itu mesti dimulakan daripada sekarang,” katanya selepas perjumpaan berkenaan.

Perjumpaan itu diadakan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di sini.

Pada Februari lalu, enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Kelantan mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Kesepakatan itu dicapai dalam satu pertemuan antara enam Menteri Besar serta Ketua Menteri negeri terbabit di ibu negara.

Loading...
Terkini