comscore
Tumpuan :
Politik

PN dakwa sudah miliki sokongan majoriti ahli parlimen

Kenderaan membawa rombongan Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Johari Tun Abang Haji Openg di rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Yong Teck Lee memberitahu media Perikatan Nasional sudah mempunyai majoriti tanpa kerjasama dengan Pakatan Harapan dan akan membentuk kerajaan pusat.

“PN dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mempunyai sokong majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan pusat termasuk dari Barisan Nasional,” katanya.

Teck Lee yang juga merupakan Presiden Sabah Progressive Party antara pemimpin Perikatan Nasional yang hadir ke kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, hari ini.

Turut hadir, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Fadhli turut memberitahu pemberita, perbincangan PN mengenai pembentukan kerajaan pusat hampir selesai namun enggan mengulas lanjut.

Sebelum itu, tujuh kenderaan dilihat memasuki kawasan kediaman Muhyiddin kira-kira jam 3.15 petang dan keluar jam 4.45 petang.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam mencatat sejarah selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan, tiada satu pun daripada gabungan parti utama di negara ini dapat membentuk kerajaan secara sendiri.

Loading...
Terkini