comscore
Tumpuan :
Politik

Polis masih siasat punca nahas calon BN DUN Jeram Padang

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan membabitkan calon Barisan Nasional, BN bagi Dewan Undangan Negeri, DUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dan pembantunya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Anuwal Ab Wahab berkata, Mohd Zaidy kini menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah manakala pembantunya di Hospital Jempol.

“Kemalangan jam 3  pagi melibatkan 1 buah kenderaan iaitu sebuah Ford Ranger yang dipandu oleh Dato’ Mohd Zaidy (Calon DUN Jeram Padang, Jempol) bersama pembantunya. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan terbabit boleh menghubungi Balai Polis Trafik IPD Tampin di talian 064412502 dan Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 064431999 bagi membantu siasatan “, katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.

Terdahulu, nahas membabitkan Mohd Zaidy dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Pemandu agak kritikal. Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini, Mohd Zaidy akan ditentang calon Perikatan Nasional, S. Surash.

Loading...
Terkini