comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Jepak: Iskandar harap keputusan terbaik untuk GPS

Calon Gabungan Parti Sarawak GPS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak, Iskandar Turkee mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu.

BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak GPS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri DUN Jepak, Iskandar Turkee berharap akan ada keputusan terbaik buat dirinya dan GPS hari ini.

Beliau menyifatkan proses pengundian yang diadakan hari ini ibarat satu peperiksaan besar, Iskandar menyerahkan nasibnya kepada 22,804 pengundi di DUN berkenaan.

Iskandar dalam pada itu turut menasihatkan pengundi-pengudi untuk turun awal dan manfaatkan keadaan cuaca yang cerah untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Apa yang saya nak tekankan ialah mintalah golongan belia, awal-awal bangun dan turunlah tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sebab proses itu sekejap sahaja.

“Ini kerana kita hendak melihat generasi muda mempunyai sifat tanggungjawab dalam memastikan proses demokrasi di negara kita berjalan lancar di Jepak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengundi bagi PRK itu di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu.

Pada PRK ini, Iskandar berdepan saingan tiga penjuru dengan calon daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Chieng Lea Phing.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi berdaftar setakat 15 September lalu dengan 22,761 merupakan pengundi biasa dan 43 anggota polis.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini