comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Pelangai : Pengundi faham pembentukan Kerajaan Perpaduan

Oleh : Ahmad Fazli Ahmad 

BENTONG : Calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam berkata selepas bersemuka dengan semua kelompok masyarakat di kawasan ditandinginya, beliau mendapati pengundi mula memahami dan menerima Kerajaan Perpaduan dibentuk di Pahang
dan Kerajaan Pusat.

Malah pengundi di DUN Pelangai membabitkan pelbagai kaum mahu perpaduan dan keharmoian yang wujud selama ini dipertahankan.

“Kerajaan itu stabil masyarakat itu hidup harmorni dan ada kebersamaan dan perpaduan ini mengembangkan ekonomi boleh mendatangkan hasil yang cukup positif terutama sekali ekonomi dari segi kebahagiaan rakyat” katanya malam tadi ketika menghadiri program ramah mesra bersama masyarakat India di Telemong, di sini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kehadiran mereka mendapat sambutan luar biasa penduduk dan menurut Datuk Amizar, suasana itu menterjemahkan sokongan rakyat pelbagai kaum.

Katanya, sokongan itu juga membuktikan rakyat Pahang khususnya pengundi DUN Pelangai bersatu dan menghargai usaha Kerajaan Negeri membela rakyat selama ini.

Jelasnya lagi, selama ini masyakat di DUN Pelangai hidup aman dan hormoni namun ketika kempen PRK ada pihak luar didakwa sengaja menyemai politik sempit untuk memecah belahkan perpaduan, semata-mata untuk meraih undi.

Loading...
Terkini