comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Jepak: Perkenal calon, dekati masyarakat fokus baki kempen GPS

BINTULU: Berbaki lima hari tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, fokus kempen Gabungan Parti  Sarawak (GPS) menjurus kepada usaha mendekatkan calonnya dengan masyarakat setempat.

Pada masa sama usaha juga dilakukan dengan memberikan penerangan kepada penduduk di kawasan Jepak mengenai inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat memperkasakan sosio ekonomi mereka.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, walaupun calon terbabit adalah anak tempatan namun ada sebahagian penduduk kawasan terbabit belum mengenalinya secara dekat.

“Jentera parti kita yang terbabit dengan kempen ini akan mempertingkatkan kempen-kempen yang dilaksana agar mesej sebenar disampaikan kepada penduduk di Jepak ini,” katanya.

Beliau berkata, fokus terbabit secara tidak langsung membantu menepis khabar angin atau perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar-dasar yang dilaksana oleh kerajaan.

“Kita mahu supaya kita dapat menerangkan apa dasar-dasar kita. Kenapa penting untuk mereka memilih GPS sebagai wakil mereka.

“Ini supaya mereka tidak akan tersisih daripada arus pembangunan yang penting ialah apa yang kita rancang seperti yang termaktub dalam manifesto yang saya lancarkan semalam dan itu adalah komitmen kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Kesedaran Usahawan Digital di Kampung Jepak Bintulu.

Menurut Datuk Amar Awang Tengah Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta menerusi Skim Kredit Mikro Sarawak untuk membantu usahawan kecil dan sederhana di negeri itu.

Jelasnya, peruntukan terbabit bagi membantu usahawan kecil dan sederhana mengembangkan serta mentransformasikan perusahaan kepada pendigitalan.

Loading...
Terkini