comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Kemaman: Cadangan membina Maktab Tentera Dan Universiti Pertahanan Awam baharu akan diperhalusi

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KERTEH: Calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B)Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, akan memperhalusi cadangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah Maktab Tentera Dan Universiti Pertahanan Awam baharu di Kemaman jika diberi mandat pada 2 Disember depan.

Berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan, cadangan itu  boleh memberi impak baharu dalam landskap pembangunan serta pendidikan di Daerah Kemaman.

“Hasrat dan cadangan itu akan diperhalusi dan dengan adanya kedua-dua institusi itu sekaligus dapat menjana ekonomi hiliran penduduk sekitar”, katanya ketika ditemui selepas menyantuni jentara Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Chabang.

Calon BN itu yang mahu dikenali sebagai Affandi turut melawat beberapa kawasan di Felda Kerteh 5 pagi tadi, bagaimanapun hujan lebat  merencatkan aktiviti kempen dan beberapa program terpaksa dibatalkan serta ditunda.

“Dalam berkempen saya tidak berani berjanji bulan bintang, saya seadanya dan sekiranya saya menjadi wakil rakyat di sini InshaaAllah akan melimpah ruah pembangunan yang boleh dibuat”, katanya lagi.

Affandi sempat meluangkan masa menziarahi Mantan Adun Kemasek, Datuk A.Bakar Ali di kediamannya di Bandar Baru Kerteh.

Di pertemuan itu Datuk A.Bakar  yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan UMNO selamat 32 tahun,  menjadi Ahli UMNO sejak 1965 dan terpilih sebagai wakil rakyat sejak 1986 hingga 2008 selama lima penggal, turut berkongsi tips dan nasihat kepada Affandi.

“Saya merasakan BN boleh merampas semula kerusi Parlimen Kemaman jika semua jentera dan calon bekerja kuat.

“Pengundi muda perlu disantuni supaya yang  berkecil hati dengan kepimpinan sebelum ini dapat ditarik semula sokongan mereka kepada BN”. katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini