comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK Kemaman: Bekas Panglima ATM, Raja Mohamed Affandi diumum calon BN 

Oleh: Khairul Rizuan Azizan

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumum calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Disember depan.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), sebentar tadi.

Zahid berkata, keputusan meletakkan Raja Mohamed Affandi, 65, dipersetujui pimpinan Dewan Tertinggi BN serta pemimpin akar umbi BN di Parlimen Kemaman.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia selepas pihak pempetisyen Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah  berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada pilihan raya berkenaan.

Pada 3 Oktober lalu, PAS memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman yang membatalkan kemenangan parti itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini