comscore
Tumpuan :
Nasional

PRN 2023: Kemeriahan kempen hari pertama bermula

KUALA TERENGGANU: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.14 Bandar, Armi Irzan Mohd antara 68 calon yang memulakan kempen di kawasan itu hari ini.

Meluangkan masa menziarahi pengundi warga emas dan sakit terlantar menjadi langkah pertama beliau.

Bertempat di Kampung Tok Kaya di sini, Armi meluangkan masa hampir empat jam bertemu dengan penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau optimis akan mendekati semua 22 ribu pengundi di Dun Bandar bagi menyampaikan manifesto Barisan Nasional (BN) dan pada masa sama memberi keyakinan kepada pengundi perubahan yang akan dilakukan sekiranya BN dan Pakatan Harapan (PH) diberi mandat membentuk kerajaan.

“Ziarah rumah penduduk di kawasan yang ada dalam DUN Bandar ni kebanyakan kita dah biasa, cuma kita nak datang untuk beritahu apakah yang akan kita lakukan pada DUN Bandar khususnya dalam menangani miskin bandar, menangani soal keciciran pendidikan (golongan) B-40 dan antara lain juga kita nak meningkatkan soal pelancongan bandar untuk anak-anak muda menjana pendapatan dan kemahiran yang sepatutnya,” katanya.

Amri Irzan 43 tahun antara 27 calon diketengahkan BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Terengganu.

DUN Bandar memperlihatkan pertembungan tiga penjuru iaitu antara BN, MUDA yang diwakili Lukman Long serta Ahmad Shah Mohamed daripada Perikatan Nasional (PN).

PRN Terengganu menawarkan 32 kerusi DUN.

Loading...
Terkini