comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRN 2023 : Muhyiddin Yassin iring Azmin Ali, Hilman dan Hanif ke pusat penamaan calon di SMK Sungai Pusu

GOMBAK: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengiringi tiga calon komponen itu di DUN Hulu Kelang, Gombak Setia dan Sungai Tua ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu.Mereka adalah Azmin Ali (Hulu Kelang), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia) dan Muhammad Hanif Jamaluddin (Sungai Tua).

Foto: NSTP

Terdahulu mereka bersama penyokong PN berkumpul di Masjid As-Shariff sebelum berarak sambil berselawat dan melaungkan takbir sejauh 500 meter ke pusat penamaan calon.

Pusat untuk menghantar kertas pencalonan itu akan dibuka jam 9 pagi.

Azmin, bekas menteri Besar Selangor yang berpindah dari DUN Bukit Antarabangsa ke Hulu Kelang dijangka berdepan timbalan ketua wanita PKR Juwairiya Zulkifli.

Hilman selaku penyandang di Gombak Setia ditentang ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin.

Hanif pula berdepan tugas besar berdepan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang menyandang kerusi Sungai Tua.

Loading...
Terkini