comscore
Tumpuan :
Politik

PRN: Ahmad Faizal Azumu tidak bertanding 

SEREMBAN: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan tidak akan bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Beliau berkata, walaupun baharu mengambil alih sebagai Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, ia sekadar untuk persiapan dan membantu jentera parti bagi menghadapi PRN.

“Walaupun saya telah dilantik ke jawatan ini (Pengerusi BPN dan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan), ia hanya untuk melicinkan jentera pilihan raya.”Saya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi di enam negeri pada pilihan raya negeri termasuk di Negeri Sembilan.

“Saya berasal dari Perak tapi sebagai anggota parti, saya perlu akur arahan kepimpinan tertinggi, jadi tugas saya hanyalah untuk memperhambakan diri dan menguatkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya,” katanya.

Beliau ditemu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi BPN PN Perak, menegaskan bahawa PN dan Bersatu Negeri Sembilan tidak menghadapi sebarang masalah dari segi kepemimpinan sebelum ini susulan pelantikan berkenaan.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi dan calon PRN, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Kerusi Bersatu Pusat, berkata perkara berkenaan berjalan lancar dan kini sedang berada di peringkat saringan membabitkan calon-calon yang
akan mewakili parti.

Loading...
Terkini