comscore
Tumpuan :
Nasional

PRN-GPS akan bincang kaedah bantu kempen Kerajaan Perpaduan

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING : Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan membincangkan kaedah terbaik untuk bersama membantu kempen Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya di enam negeri.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, GPS sebelum ini pernah memberitahu tidak akan terlibat secara langsung dengan sebarang bentuk kempen dalam PRN di enam negeri terbabit.

” Kita melihat apa keputusan malam ini dan apakah keperluan yang diperlukan di peringkat parti-parti yang bertanding khususnya dalam kerajaan perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Shell Livewire Malaysia National Awards Ceremony di TEGAS Digital Village, Kuching.

Bagaimanapun, Fadillah berkata sebagai salah satu komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan, keterlibatan GPS dalam kempen terbabit adalah atas kapasiti tugas rasmi atau program-program melibatkan kementerian yang diterajui oleh wakil-wakil
dari parti berkenaan.

Katanya, sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau akan membantu dalam kempen terbabit berdasarkan kaedah-kaedah yang akan ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) GPS pada malam ini.

“Dimana mereka perlukan saya, saya bersedia untuk membantu (kempen Kerajaan Perpaduan) atas arahan yang diberi oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari  Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata, jika diperlukan, sebarang bentuk fokus untuk kempen itu akan ditentukan berdasarkan keperluan calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding.

Namun begitu tegas beliau mewujudkan kestabilan politik dan pengukuhan perpaduan antara kaum akan terus menjadi antara intipati utama yang akan di sebar luaskan semasa aktiviti kempen berkenaan.

Ia kerana tanpa kestabilan dan perpaduan yang utuh sukar untuk kerajaan memulihkan seterusnya membangunkan negara atau negeri ke tahap ekonomi mampan.

Loading...
Terkini