comscore
Tumpuan :
Politik

PRN: Semua 19 calon MUDA isytihar aset guna akuan bersumpah – Syed Saddiq

PETALING JAYA: Kesemua 19 calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, telah mengisytiharkan semua aset.

Ia termasuk senarai aset dan liabiliti terkumpul yang diisytihar dalam akuan berkanun (SD) dan boleh diakses umum melalui laman sesawang parti itu, undimuda.my.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pengisytiharan aset itu dilaksanakan secara telus dan calon-calon yang mengisytiharkan aset turut terikat dengan SD yang telah ditandatangani.

“Ini adalah proses tadbir urus baik yang MUDA letakkan sebagai prasyarat sebelum mereka dipilih secara rasmi untuk mewakili MUDA pada PRN.

Apabila dibuat proses pengisytiharan aset melalui SD, kami bertanggungjawab terhadap SD itu.

“Kita semua tahu tidak boleh tipu dalam SD, tindakan boleh diambil. Pada masa yang sama, kami juga terbuka dan rakan-rakan media lain boleh lihat juga, saya rasa ini adalah adil,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata proses pengisytiharan aset penting kerana ia meletakkan sudut kebertanggungjawapan kepada mereka yang menyertai politik. – BERNAMA

Loading...
Terkini