comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Elaun seberang laut, kuota khas ke MRSM Langkawi antara fokus Calon BN Langkawi

Oleh Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Calon Barisan Nasional (BN) Langkawi, Datuk Armishah Siraj mengemukakan manifesto beliau dengan menumpukan kepada 4 perkara teras.

Empat perkara teras itu melibatkan 2 cadangan pelaksanaan di peringkat persekutuan dan 2 lagi difokuskan kepada Langkawi.

Bagi cadangan persekutuan, Armishah mencadangkan pelaksanaan elaun seberang laut berjumlah RM500 kepada lebih 4000 penjawat awam yang bekerja di Langkawi.

Turut dicadangkan, pemberian visa percuma selama seminggu kepada kepada pelancong luar negara yang berkunjung ke pulau peranginan itu.

Beliau yang berpengalaman menjadi Setiausaha Sulit kepada 3 Menteri Besar Kedah, mahu Langkawi terus diberikan fokus melalui dua cadangan yang khusus bagi pulau itu.

Yang pertama, 20 peratus kouta khas disediakan kepada anak Langkawi bagi memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.

Selain itu, beliau berikrar untuk mewujudkan “DAS Assist Centre” yang akan dipertanggungjawabkan dalam mengurus dan mengendalikan kebajikan rakyat.

Manifesto beliau turut menghimpunkan 6 kejayaan penyelesaian masalah di Langkawi sebagai bukti komitmen antaranya penyelesaikan masalah diskaun tiket feri secara online kepada penduduk Langkawi serta menyelesaikan isu sampah yang terkumpul di Pulau Tuba selama 2 tahun berikutan pandemik.

Manifesto ini akan ditambahnilai dengan Perancangan Amal dan Usaha (PADU) BN yang telah diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Loading...
Terkini