comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: PAS pecah rekod di Pasir Puteh, dapat majoriti terbesar sejak 1954

Nik Muhammad Zawawi (tengah) selepas sah mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Pasir Puteh. – Foto NSTP

PASIR PUTEH: Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh bukan sekadar menang bergaya apabila mengekalkan kemenangan di Parlimen Pasir Puteh tetapi turut memecah rekod mendapat majoriti terbesar sejak PAS menawan kerusi itu pada 1954.

Nik Muhammad Zawawi jauh mendahului tiga pesaing lain dengan majoriti 29,109 undi. Beliau memperoleh undi ‘gagah’ 52,937 undi jauh meninggalkan calon BN, Datuk Zawawi Othman dengan 23,828 undi.

Dua lagi pencabar iaitu calon Pakatan Harapan, Muhammad Husain dan calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang menggunakan logo PEJUANG, Kapten (B) Wan Marzudi Wan Omar hilang wang pertaruhan apabila masing-masing sekadar meraih 3,864 dan 349 undi.

Jumlah undi itu direkodkan daripada 203 peti undi di Parlimen berkenaan yang diumum Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pasir Puteh, Ahmad Adlee Yasin jam 10.40 malam tadi.

Nik Zawawi tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi P028 Pasir Puteh di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh jam 9.30 malam.

Beliau turut diiringi isteri, Datin Zuraini Che Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Katanya, beliau bersyukur kerana mampu mengekalkan tempatnya di Parlimen itu sejak Pasir Puteh menjadi kubu kuat parti Islam itu sejak 68 tahun lalu.

“Lebih membanggakan, kita pecah rekod capai majoriti tertinggi sejak PAS menang di Pasir Puteh,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini