comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: PN tawan Tangga Batu, raih majoriti 8,849 undi

Bakri (depan, kopiah putih) bersama penyokongnya selepas pengumuman rasmi keputusan PRU15 kerusi Parlimen Tangga Batu. – Foto NSTP

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) diumumkan secara rasmi menang di Parlimen Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bakri Jamaluddin daripada PN menang dengan majoriti 8,849 undi selepas memperoleh 37,406 undi menewaskan penyandang kerusi itu pada PRU-14, Rusnah Aluai daripada Pakatan Harapan (PH).

Parlimen Tangga Batu menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Ghazali Abu (PEJUANG), Shahril Mahmood (Bebas) dan Datuk Lim Ban Hong (Barisan Nasional).

Keputusan rasmi Parlimen Tangga Batu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Kompleks Sukan Komuniti Krubong di sini.

Daripada 92,746 jumlah undi, sebanyak 716 kertas undi ditolak di Parlimen itu dengan peratusan mengundi sejumlah 80.19 peratus.

Loading...
Terkini