comscore
Tumpuan :
Politik

Ronald Kiandee pertahan Beluran mewakili Perikatan Nasional

BELURAN: Penyandang Datuk Seri Ronald Kiandee akan mempertahankan kerusi parlimen Beluran pada PRU-15 mewakili Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu, satu-satunya calon yang bertanding mewakili PN di Sabah.

Beliau terpaksa menggunakan logo PN selepas beliau digugurkan daripada senarai calon di bawah kerjasama GRS-BN.

Bersatu adalah adalah komponen dalam GRS.

Datuk Seri Ronald yang menjadi ahli parlimen Beluran selama lima penggal, akan dicabar Benedict Asmat (BN), Rowiena Rasid (Warisan), Hausing Samsudin @Sudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang (PH).

Loading...
Terkini