comscore
Tumpuan :
Politik

Saya ‘berbuka puasa’ – Nik Abduh

Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini memaklumkan sudah ‘berbuka puasa’ dalam erti kata lain kembali aktif dalam politik tanah air selepas seminggu mengumumkan mahu berehat daripada berpolitik.

Sambil berkias, bekas Ahli Parlimen Bachok itu menerusi status Facebooknya mengakui beliau sukar untuk berhenti berpolitik.

“Saya berbuka puasa. Payah puasa politik rupanya. Kelat mulut,” katanya.

Tindakan awal itu dipercayai dibuat oleh Nik Mohamad Abduh selepas namanya tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Kelantan pada Sabtu ini.

Artikel berkaitan: “Saya terbuka, tak kisah tidak bertanding” – Nik Abduh

Anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini berkata ia adalah tempoh paling sukar buat dirinya dan ibu, Puan Sri Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Pada masa sama, beliau turut mengharapkan PAS bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik.

Loading...
Terkini