comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Surat tular RoS hanya polemik yang dimainkan PN’

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Isu surat yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung pemilihan UMNO hanyalah polemik politik yang dimainkan Perikatan Nasional (PN)

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, spekulasi yang dibawa PN itu hanyalah satu cubaan untuk menganggu gugat proses pemilihan UMNO.

“Apapun tindakan yang dibuat oleh kementerian melalui RoS perlu berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang ada,

“Apabila pihak KDN memaklumkan keputusan itu, ia mengikut proses yang termaktub di dalam peraturan,” katanya kepada Buletin TV3.

Jelasnya, surat yang diterima Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2 Mac lalu adalah tertakluk di bawah peraturan sedia ada.

Katanya, permainan PN itu juga merupakan cubaan mengelirukan semua pihak sebelum pemilihan UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu, KDN memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada Umno berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Sementara itu, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam mendakwa, kewujudan satu surat yang dikeluarkan oleh RoS berhubung isu pemilihan UMNO.

Dakwanya, surat berkenaan menyatakan bahawa usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.

Loading...
Terkini