comscore
Tumpuan :
Politik

Tangan, kaki macam kena ikat bila berlawan – Sanusi

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

KUALA LUMPUR: “Dia buat boleh tetapi orang lain buat tak boleh. Saya rasa ini penyakitlah,” kata Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata demikian merujuk tindakan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan iaitu DAP yang didakwa boleh menggunakan isu menyentuh 3R (raja, agama dan kaum) tetapi melarang parti pembangkang.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut menyifatkan tindakan sedemikian adalah tidak adil sambil mengumpamakan situasi partinya ketika ini seperti diikat tangan dan kaki ketika sedang berlawan.

Sedangkan tambahnya, DAP dilihat boleh menggunakan isu perkauman dan agama untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Melayu mengenai kononnya jika gelombang hijau berkuasa nanti, ia bakal mengancam kehidupan masyarakat bukan Melayu.

Pada masa sama, beliau bersetuju ada had yang perlu dipatuhi, jika mahu menyentuh isu berkenaan bagi mengelak daripada melangkui ‘garisan’ yang ditetapkan.

“Saya ingat semua rakyat Malaysia pun tahu bahawa ucapan ini tidak benar. Saya rasa macam ada sakit mereka ini kerana ada sindrom penafian. Orang yang buat itu ini semuanya mengancam mereka (bukan Melayu).

Isu 3R ini pun saya rasa dimomokkan untuk tidak dicakapkan dalam politik sekarang kerana mereka (PH/DAP) tidak ada apa yang nak dicakapkan tentang hal itu.

Kalau tak cakap (hal) Melayu nak cakap pasal apa? 3R ini ada dalam Rukun Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program buat bicara Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan yang disiarkan secara dalam talian malam ini.

Loading...
Terkini