comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Gelombang Biru dan Merah semakin diterima rakyat – Zahid

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada, Datuk Amizar Abu Adam di atas kemenangan pada PRK Dun Pelangai kali ini.

“Kemenangan ini adalah petanda bahawa tidak ada Gelombang Hijau di negeri Pahang yang ada hanyalah Gelombang Biru dan Merah yang semakin diterima rakyat Malaysia,”katanya dalam sebuah kenyataan kepada media.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pahang, seluruh jentera BN juga rakan-rakan di dalam Kerajaan Perpaduan, jentera daripada Negeri-Negeri yang banyak membantu terutamanya jentera akar umbi di pusat daerah mengundi (PDM), kepimpinan UMNO Bahagian Bentong yang dipandu oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh serta seluruh jawatankuasa empat peringkat yang banyak menyumbang kepada kemenangan ini,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini