comscore
Tumpuan :
Politik

Pemimpin UMNO ucap terima kasih kepada pengundi Pelangai

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO berterima kasih kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong kerana memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam.

Presiden dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam hantaran di Facebook masing-masing bersyukur dengan kemenangan calon BN.

“Terima Kasih. Seluruh pengundi dan jentera BN dalam pilihan raya kecil Pelangai,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di DUN Pelangai susulan kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi berkenaan.

“Terkini, BN menang syukur, Alhamdulillah.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua pimpinan dan jentera parti yang bertungkus lumus membantu. Terima kasih setinggi dan setulusnya kepada pengundi dan rakyat (DUN) Pelangai,” katanya.

Loading...
Terkini