comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron-Wooi Yik mula langkah kiri

FOTO: NSTP

BANGKOK, THAILAND: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bermula ‘langkah kiri’ apabila tewas aksi pertama Kumpulan B saingan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok, Thailand, malam tadi.

Aaron-Wooi Yik terpaksa akur apabila tunduk di tangan beregu berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 12-21, 15-21 pada aksi yang berlangsung di Arena Nimibutr.

Kekalahan menyaksikan pasangan nombor empat dunia itu gagal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga pertemuan terakhir sebelum ini ke atas pasangan itu termasuklah ketika menewaskan mereka di final Kejohanan Dunia di Jepun, Ogos lalu.

Aaron-Wooi Yik tidak mempunyai pilihan selain menang ke atas beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada aksi kedua kumpulan, esok bagi menghidupkan peluang ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin turut mengalami nasib sama apabila tewas di tangan pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 19-21, 16-21 dalam aksi Kumpulan A.

Mereka dijadual bertemu pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho untuk aksi kedua kumpulan, hari ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini