comscore
Tumpuan :
Sukan

Arteta harap tuah menyebelahi Arsenal

FOTO: David Klein / Reuters

LONDON: Arsenal memerlukan ‘tuah pada saat yang tepat’ seandainya mahu menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) selaku juara di atas Manchester City, kata pengendalinya Mikel Arteta.

City yang dikendali Pep Guardiola dijadual melayan kunjungan Leicester dan mampu merapatkan jurang dengan Arsenal kepada tiga mata sebelum Gunners meneruskan saingan bertemu West Ham, esok.

Arsenal mensia-siakan pendahuluan 2-0 ke atas Liverpool di Anfield minggu lalu dengan menamatkan perlawanan 2-2 sekali gus menjadikan City kini kembali menjadi tumpuan mengekalkan gelaran buat kali kelima dalam tempoh enam tahun.

“Kamu perlu tuah pada saat yang tepat,” kata Arteta. “Ia adalah bahagian lain sukan ini – kadangkala ia mengenai perkara kecil dan ia perlu mengikut cara kamu.”

Anak buah Arteta boleh memberi tumpuan memburu gelaran pertama EPL sejak 2004 manakala City mempunyai pertembungan separuh akhir Piala FA menentang Sheffield United minggu depan dan hanya selangkah lagi untuk berada dalam kelompok empat terbaik Liga Juara-Juara.

Arsenal dan City dijadual bertemu di Stadium Etihad pada 26 April ini yang menjadi detik penting perebutan gelaran.

Ditanya sekiranya dia sudah merancang perebutan gelaran itu sejak dari awal musim, Arteta berkata: “Iya. Kamu akan pergi dari hari ke hari.

“Terlalu banyak yang berlaku dalam setiap hari, bulan dalam sebuah kelab bola sepak. Sasaran ketika saya mengambil tugas, adalah membawa kelab kembali ke tempatnya, perjuangan mereka dan berada meraih trofi di peringkat tertinggi. Itulah yang kami cuba lakukan.

“Kami gembira dengan kedudukan kami sekarang ini. Kini kami perlu menamatkan tugas ini dan menuntut sesuatu yang lebih daripada setiap orang.”

Arteta mengakui perbezaan jaringan mungkin menjadi faktor utama dalam perebutan gelaran ini – Gunners mempunyai perbezaan gol +43 berbandingan City, +48.

“Kami memikirkan setiap kemungkinan,” katamya. “Yang jelas, kami mahu menang perlawanan terlebih dulu dan berhak atas kemenangan itu, dan seterusnya kami mahu menjaringkan sebanyak mungkin gol, tetapi kami harus bersikap terbuka daripada sebarang kemungkinan.

Loading...
Terkini