comscore
Tumpuan :
Sukan

Azizulhasni kembali ke Melbourne persiap buru tiket ke Paris 2024

Azizulhasni (kiri) dan Shah Firdaus Sahrom kembali ke Melbourne bagi menjalani latihan dan menyertai kejohanan. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang kembali ‘berkampung’ di Melbourne, Australia dalam persiapannya memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata, Azizulhasni kembali menjalani latihan di Melbourne sebagai persiapan berdepan kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Olimpik Paris.

“Ketika ini, Azizulhasni dan Shah Firdaus (Sahrom) sudah hampir pasti layak ke Olimpik cuma kita perlu tunggu sehingga tarikh akhir kelayakan iaitu pada April.

“John (Beasley) serta beberapa pelumba negara yang lain termasuk Shah Firdaus juga turut berada di Melbourne dalam waktu terdekat ini.

“Segala perkembangan Azizulhasni akan dimaklumkan kepada MSN dan Azizul dijangka akan menyertai beberapa perlumbaan kecil di Australia sebelum turun beraksi di Piala Dunia,” katanya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 acara keirin itu dijadual menyertai kejohanan kompetif pertamnya tahun depan di Siri Piala Negara-Negara yang akan berlangsung di Adelaide, Australia, Hong Kong dan Kanada.

Skuad berbasikal trek sebelum ini menjadikan Melbourne sebagai pangkalan latihan sebelum berpindah sepenuhnya ke Velodrom Nasional Nilai, awal tahun ini.

Loading...
Terkini