comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Pearly/Thinaah lepas halangan awal Terbuka Korea Selatan, jumpa beregu nombor satu dunia Khamis ini

Pearly/ Thinaah dikerah beraksi tiga set Hirokami/ Kato yang berada di kedudukan 25 dunia sebelum menang pusingan pertama 21-17, 15-21, 21-15 di Terbuka Korea Selatan. – FOTO: Badminton Photo

YEOSU: Beregu wanita negara, Pearly Tan/M. Thinaah menjadi wakil terawal mara ke pusingan kedua Terbuka Korea Selatan dengan mengatasi cabaran pemain Jepun Rui Hirokami/Yuna Kato.

Pemain kebangsaan yang menduduki ranking ke-11 dunia itu membuat permulaan baik di Jinnam Stadium apabila merakam catatan 21-17.

Namun Hirokami/Kato kemudian tampil dengan permainan yang lebih kental menyebabkan kesilapan dilakukan wakil negara itu menuju hujung set kedua hinggalah berakhir 21-15 untuk pertarungan bersambung.

Pearly/Thinaah yang terpaksa menarik diri di pusingan pertama akibat kecederaan semasa Terbuka Singapura awal bulan Jun lalu terus tidak mengalah pada set ketiga dan mula meninggalkan lawan selepas separuh perlawanan.

Mata 21-15 yang dicapai membolehkan kedua-duanya ke peringkat kedua Khamis ini dan menempah pertemuan dengan beregu nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen/Jia Yi Fan.

Loading...
Terkini