comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Sorakan padu ribuan penyokong bawa Pearly/ Thinaah ke pentas akhir Masters Malaysia

BUKIT JALIL: Pearly Tan, M. Thinaah sekali lagi membuktikan keazaman dan semangat juang tinggi dimiliki mereka apabila membuat kebangkitan dalam kedua-dua set sewaktu menumbangkan Jeong Na Eun/ Kim Hye Jeong di peringkat separuh akhir Masters Malaysia.

Beregu wanita itu terpaksa mengerah keringat selama sejam 32 minit yang menuntut stamina dan ketahanan mental untuk menyaingi lawan yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan.

Pearly/ Thinaah beberapa kali ketinggalan pada set pertama sebelum mengubah nasib semasa ketinggalan 16-18 yang membawa mereka mencapai kemenangan 21-19.

– FOTO : NSTP

Meskipun memperoleh suntikan keyakinan, mereka jauh ditinggalkan 12-2 di permainan selepas itu namun berjaya menghambat sediki demi sedikit hingga terikat 18-18.

Laungan sorakan padu penyokong di Arena Axiata ternyata menjadi aura tambahan membantu Pearly/ Thinaah memanfaatkan kesempatan untuk menamatkan perlawanan 23-21.

Ia merupakan permainan ketiga berturut-turut kedua-duanya beraksi lama selepas menghabiskan sejam 29 minit di pusingan kedua disusuli sejam 51 minit pada suku akhir semalam.

Keputusan itu juga menebus kehampaan ranking ke-11 dunia itu yang tewas di tangan Chen Qingchen/ Jia Yifan dari China di fasa serupa tahun lalu.

Kemaraan Pearly/ Thinaah menamatkan kemarau 10 tahun penampilan beregu wanita di perlawanan akhir yang menyaksikan Chin Ee Hui/ Wong Pei Tty muncul juara pada edisi 2012.

Menanti mereka esok ialah satu lagi gandingan Korea Selatan Baek Ha Na/ Lee So Hee.

Loading...
Terkini