comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Yew Sin dan Ee Yi tempah tiket separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF, Kian Meng dan Pei Jing turut mara

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi. – FOTO: BADMINTON PHOTO

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

BANGKOK: Gandingan professional, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Mereka berjaya memenangi perlawanan terakhir kumpulan A bagi beregu lelaki dengan mengatasi pilihan utama dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.

Bagaimanapun, Yew Sin dan Ee Yi dipaksa bekerja keras bermain tiga set sebelum berjaya melakar kemenangan cukup penting ini.

Bermula agak goyah selepas tewas 10-21 pada set pembukaan, permainan berbeza disajikan Yew Sin dan Ee Yi pada set kedua.

Dan nyata ia menjadi apabila mereka memenangi set berkenaan dengan keputusan 21-17, mengheret permainan ke set penentuan.

Berlangsung set pada set ketiga, kemenangan akhirnya sah memihak pasangan negara menerusi keputusan 21-19, menamatkan pertarungan yang berlangsung selama 53 minit itu.

Lawan bagi aksi peringkat separuh akhir esok masih belum dimuktamatkan kerana perlawanan terakhir kumpulan ini dijangka berakhir pada sebelah malam.

Yew Sin dan Ee Yi pada aksi pembukaan dikejutkan dengan kekalahan kepada pasangan Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi, namun bangkit pada perlawanan kedua semalam dengan mengatasi wakil Korea Selatan, Choi Sol Gyu dan Kim Won Ho.

Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing. – FOTO: BADMINTON PHOTO

Dalam pada itu, khabar gembira turut dibawa beregu campuran professional negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.

Selepas kekalahan kepada kepada pilihan kedua, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai semalam, kebangkitan berjaya dilakukan mereka pada perlawanan terakhir kumpulan hari ini.

Berdepan satu lagi gandingan Thailand, Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran, aksi sengit turut disajikan kedua-dua gandingan.

Dan selepas bertarung selama 41 minit, kemenangan ‘straight set’ akhirnya memihak Kian Meng dan Pei Jing menerusi keputusan 21-17 dan 22-20.

Sementara itu, cabaran dua beregu wanita negara berakhir dengan satu lagi kekalahan.

Pearly Tan dan M.Thinaah terpaksa akur, tewas kali ketiga berturut-turut, kali ini kepada pilihan ketiga dari China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu.

Mereka terpaksa akur dengan kekalahan tiga set, 19-21, 22-20 dan 9-21 selepas bermain selama 59 minit.

Gandinvan Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien juga alami nasib sama, mereka tewas kepada pasangan Thailand, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai menerusi permainan ‘straight set’, 10-21 dan 17-21.

Loading...
Terkini