comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMNINTON: Aaron/ Wooi Yik sangkut di suku akhir Masters Indonesia

Beregu kebangsaan Aaron/ Wooi Yik kandas di peringkat suku akhir Masters Indonesia sebentar tadi kepada wakil China He Ji Ting/  Zhou Hao Dong 17-21, 10-21.

JAKARTA: Beregu lelaki harapan negara Aaron Chia/ Soh Wooi Yik kandas di peringkat suku akhir Masters Indonesia di tangan He Ji Ting/  Zhou Hao Dong dari China.

Selaku wakil pertama negara yang turun bertarung mencari slot ke separuh akhir di Stadium Istora Gelora Bung Karno, Aaron/ Wooi Yik pada mulanya beraksi baik di awal set pertama.

Kedua-duanya kian jauh di pertengahan permainan hinggalah ditinggalkan lawan lalu tumpas 17-21.

Beregu kebangsaan itu yang baharu naik ke ranking dua dunia beberapa hari lalu terus hilang sentuhan dalam set kedua.

Mereka gagal menyaingi aksi agresif Ji Ting/ Hao Dong selain banyak melakukan kesilapan menyebabkan mata memihak lawan.

Beregu China itu menamatkan aksi 21-10 sekaligus mengulangi pencapaian lalu dengan mara ke separuh akhir kedua berturut-turut.

Loading...
Terkini