comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Belanjawan 2023: 324 juta ringgit diperuntuk program atlet negara pada 2023

Datuk Seri Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Bangunan Parlimen. -FOTO : NSTP

KUALA LUMPUR: Sukan bakal mendapat manfaat keseluruhan lebih 379 juta ringgit menerusi pengumuman Belanjawan 2023.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan tahun ini ia ditumpu menerusi tiga pembahagian.

“Kerajaan akan menyediakan dana geran padanan 50 juta ringgit bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan, khususnya sukan
berteraskan perpaduan, penganjuran pertandingan di peringkat
kebangsaan dan program realiti sukan.”

“Berhubung atlet sukan negara, Kerajaan akan terus menambah
baik program latihan dan kemudahan sukan untuk manfaat semua
atlet termasuk atlet para melalui penyediaan dana berjumlah 324 juta ringgit.” ucap Datuk Seri Anwar di Dewan Rakyat.

Ia demi membangunkan ekosistem sukan bermula dari pencarian bakat hingga ke acara podium, merangkumi penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan sukan seluruh negara.

Potongan cukai sehingga 10% turut diperuntukkan kepada individu atau syarikat yang menyumbang kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan untuk melaksanakan program akar umbi.

Manfaat terakhir ialah penyediaan 5 juta ringgit kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang berperanan memelihara dan melindungi kebajikan para atlet dalam masa sama mempertimbang potongan cukai kepada majikan yang menggaji bekas atlet negara.

Jumlah keseluruhan tersebut tidak termasuk 20 juta ringgit menyemarakkan program perpaduan berbilang kaum menerusi sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah dan komuniti dengan memastikan penglibatan belia dan semua jenis sekolah secara silang budaya.

Pentadbiran kerajaan sebelum ini membentangkan bajet pada 7 Oktober lalu peruntukan sukan 2023 sebanyak 374 juta ringgit.

Loading...
Terkini