comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK – AC Milan bawa bekalan tipis ke Naples

Bennacer meraikan jaringannya berdepan Napoli. -FOTO: UEFA


Oleh Al Shaiful Nazib Talib

MILAN: AC Milan membawa bekalan tipin menjelang aksi timbal balik peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menundukkan pendahulu Serie A, Napoli 1-0 di San Siro.

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke 40 menerusi jaringan Ismail Bennacer.

Napoli yang turun tanpa penyerang utama, Victor Osimhen bagaimanapun tetap tampil cukup bertenaga sejak dari awal permainan menerusi beberapa percubaan merbahaya.

Bagaimanapun, penyudah tepat gagal dicipta menyaksi Napoli tertus tercari-cari peluang yang lebih baik.

Sebaliknya Milan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 40, serangan balas pantas yang dilakukan menyaksikan Ismael Bennacer berjaya meletakkan tuan rumah mendahului 1-0.

Penghujung babak pertama, Milan berpeluang untuk menggandakan jaringan, bagaimanapun, tandukan Simon Kjaer sekadar singgah di palang gol.

Minit ke 74, Napoli dipaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Andre Zambo Anguissa dilayangkan kad kuning kedua, membuka ruang besar untuk Milan mencipta jaringan tambahan.

Bagaimanapun, ia gagal dimanfaat Milan walaupun tetap lega dengan kemenangan 1-0 untuk bekalan tipis menjelang pertemuan seterusnya di Naples minggu depan.

“Saya sudah mula memikirkan aksi kedua nanti, perlawanan ini cukup sukar untuk kedua-dua pasukan, sangat seimbang, perlawanan kedua nanti juga pasti sengit.

“Kita telah bermain dengan baik, kita juga berpeluang untuk menambah jaringan, keputuaan ini meletakkan peluang kita lebih cerah untuk mara.

“Peluang sama rata untuk kedua-dua pasukan untuk mara, kami menanti aksi sengit seterusnya nanti, kekesalan saya adalah tidak mendapatkan gol kedua,” kata pengendali Ac Milan, Stefano Pioli.

Dalam pada itu, pengendali Napoli, Luciano Spalletti yakin pasukannya akan bangkit pada pertemuan seterusnya minggu depan.

“Pasukan turun dengan komposisi yang baik, saya tetap mahu memuji pasukan saya dengan prestasi yang telah ditampilkan, ia seperti yang saya jangkakan.

“Saya perlu kaji semula apa yang berlaku dalam perlawanan ini, secara keseluruhan, pemain-pemain telah tampil dengan sikap yang cukup baik, cuma kadang-kadang, segalanya menjadi seperti yang diranrang, kadang-kadang sebaliknya yang berlaku,” katanya.

Baki 90 minit kedua antara Napoli dan AC Milan akan berlangsung di Stadium Diego Armando Maradona 19 April nanti.

Loading...
Terkini