comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Scudetto kembali ke Napoli selepas 33 tahun

FOTO: REUTERS

UDINESE: Kemarau panjang Napoli memenangi gelaran Serie A akhirnya berakhir apabila disahkan sebagai juara Itali.

Skuad bimbingan Luciano Spalletti itu hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk ditabalkan lebih awal pada perlawanan ke-33 liga berdepan Udinese.

Sandi Lovric tampil mencemaskan pelawat dengan gol pendahuluan seawal minit ke-13 permainan.

Tujuh minit selepas rehat, ayam tambatan pasukan Victor Osimhen menyamakan keadaan sekaligus meredakan tekanan.

Tiupan wisel pengadil Rosario Abisso menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-1 menyaksikan Gli Azzurri meraikan kejayaan mereka bergelar juara berbaki lima lagi perlawanan di Stadio Friuli.

FOTO: REUTERS

80 mata yang dikumpul sudah tidak boleh dipintas lagi Lazio di tangga kedua yang mengutip 64 mata, sementara Juventus 63 mata.

Kejayaan tersebut mencetuskan pesta di Naples yang menyambut gelaran liga selepas kali terakhir dimenangi semasa era Diego Maradona 33 tahun lalu.

FOTO: REUTERS

Penyokong menyalakan suar dan bunga api, menyanyi serta berarak di sekitar bandar sambil mengibarkan bendera.

Maradona yang menjadi legenda dan inspirasi kelab menghadiahkan dua ‘Scudetto’ hiasan juara berlambangkan Itali pertama mereka pada musim 1987 dan 1990.

Loading...
Terkini