comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Gol tunggal Benzema di aksi timbal balik memadai singkir Liverpool pada pusingan 16 terbaik

Jaringan tunggal Benzema membawa Real Madrid ke suku akhir dengan agregat 6-2, selepas mengatasi Liverpool 1-0 dalam pertemuan kedua di Madrid. – FOTO: AP

MADRID: Finalis Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, Liverpool akhirnya sah mengucapkan selamat tinggal kepada kempen kali ini selepas gagal membuat kebangkitan dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 terbaik ketika menentang Real Madrid.

Dimalukan di laman sendiri 2-5 dalam aksi pertama 21 Februari yang lalu, anak buah Jurgen Klopp hanya mampu mengurangkan margin jaringan besar selepas tewas lagi 0-1 di Santiago Bernabeu.

Los Blancos tenang menamatkan hasrat pelawat mengubah nasib apabila Karim Benzema menjaringkan gol pemisah kedua-dua pasukan 12 minit sebelum aksi tamat.

Keputusan itu membolehkan barisan bimbingan Carlo Ancelotti mara ke aksi suku akhir selepas ini dengan agregat 6-2.

The Reds sekali lagi terpaksa meratapi kepedihan dikecewakan lawan sama pada perlawanan akhir edisi sebelum ini di Stade de France 28 Mei yang lalu.

Undian fasa lapan terbaik dijadual di pangkalan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) esok.

Loading...
Terkini