comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: JDT bawa kelebihan tiga gol dari Negeri Sembilan

Barisan Harimau Selatan bersama penyokong selepas menewaskan NSFC 3-0 dalam aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di  Stadium Tuanku Abdul Rahman. – FOTO: Johor Southern Tigers/ Facebook

PAROI: Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kelebihan awal di perlawanan suku akhir pertama malam ini selepas menumpaskan Negeri Sembilan (NSFC) 3-0.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Arif Aiman Mohd Hanapi memecahkan kebuntuan jaringan menerusi rembatan kencang minit ke-20.

Gawang tuan rumah dikawal Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil kemudian bolos kali kedua 11 minit berselang, hasil sepakan penalti yang disudahkan Bergson da Silva.

Penyokong Skuad Jang terus berharap pasukan mereka membuat kebangkitan menembusi benteng pelawat namun terlalu sukar untuk melakukannya.

Cubaan anak buah K. Devan mengelak melepaskan jaringan lebih banyak dalam pertemuan pertama tidak berhasil, apabila Bergson menghasilkan gol kedua peribadi di masa kecederaan.

Skuad bimbingan Esteban Solari itu dijadual menerima kunjungan NSFC di Stadium Sultan Ibrahim dalam perhitungan penentuan ke separuh akhir 23 September ini.

Loading...
Terkini